PEMBANGUNAN RIMBA POINT






Pembangunan komersil di atas tanah CL 075618281 (CL 075373901), terdiri dari 1 unit tingkat kedai, 2 unit 2 tingkat kedai / pejabat dan 4 unit gerai makanan di batu 7, Jalan Labuk, Sandakan, Sabah (Rimba Point).
- Pemilihan kontraktor Sinarud Sdn Bhd, Sandakan dengan jumlah tender sebanyak RM9,312,099.30.
- Kos keseluruhan projek Pembangunan Rimba Point tersebut digenapkan menjadi RM9,310,000.00.
- Walau bagaimanapun berdasarkan kepada perkembangan dan kemajuan pelaksanaan projek, ALK menjangka kos keseluruhan projek pembangunan “Rimba Point” boleh mencapai sehingga RM13.0 juta.
- Berdasarkan ketetapan MAT dan ALK, dana bagi membiayai kos pembangunan Rimba Point tersebut adalah sebanyak 70% melalui permohonan pembiayaan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui Tabung Modal Pusingan (TMP) – Jabatan Pembangunan Koperasi atau daripada Institusi-institusi kewangan berlesen dan 30% adalah menggunakan dana Koperasi yang sedia ada.
- Tawaran kemudahan pembiayaan Tawarruq d bawah Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) telah diluluskan pada 23/09/2022 (SKM.IP:4118/2/SABAH/SJ.224(6) sebanyak RM7,920,000.00.
- Kemajuan pembangunan Rimba Point sedang dalam pelaksanaan dan pembinaan.