Perutusan Pengerusi 
Koperasi Green Sabah Berhad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Segala pujian dan kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala pemilik sekalian alam, kerana dengan limpahan rahmah dan barakahNya koperasi kita mampu bertahan dan berkembang sejak tahun 1959 (65 tahun). Kejayaan ini adalah hasil komitmen barisan Anggota Lembaga Koperasi dari mula penubuhan sehingga ke hari ini. Kerjasama dan sokongan padu daripada semua anggota juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan ini. Semoga semangat berkoperasi di kalangan anggota akan terus mekar bagi membolehkan koperasi kita ini terus bersinar.

Alhamdulillah, sehingga pada hari ini koperasi kita telah mencapai prestasi yang membanggakan. Pertama, koperasi kita telah berjaya memulakan pelaksanaan projek pembangunan Rimba Point yang dijangka siap pada tahun ini. Kedua, koperasi kita melalui anak syarikatnya, Syarikat Green Ladang Sdn Bhd juga telah memeterai perjanjian baharu sewa ladang dengan Borneo Samudera Sdn Bhd. Anggota Lembaga Koperasi yakin bahawa kedua-dua kejayaan usaha ini akan menjana sumber pendapatan utama kepada koperasi dan seterusnya akan memantapkan lagi koperasi dari segi kewangan dan aset. 

Koperasi kita juga telah membangunkan laman web bagi menyampaikan maklumat yang terkini kepada anggota koperasi. Semua anggota koperasi yang berdaftar adalah dialu-alukan untuk melayari portal rasmi Koperasi Green Sabah Berhad bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat terkini tetapi juga dipelawa untuk menyalurkan maklumat dan mengemukakan cadangan-cadangan yang boleh memperbaiki pengurusan dan pentadbiran koperasi. 

Saya mewakili Anggota Lembaga Koperasi berharap agar laman web yang telah dikemaskini ini akan berfungsi sebagai wadah kepada perkhidmatan yang lebih berkesan kepada anggota koperasi. Selain itu, adalah juga diharapkan agar laman web ini dimanfaatkan bagi memupuk hubungan baik antara Anggota Lembaga Koperasi, Pengurusan Koperasi dan juga Anggota Koperasi.

Sekian dan terima kasih.

DATUK HAJI MOHD SALLEH BIN HAJI ABBAS

Pengerusi
Koperasi Green Sabah Berhad

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Koperasi Green Sabah Berhad, Lot B, Tingkat 1, Wisma Green, Batu 7, Jalan Labuk, Taman Rimba, 90000 Sandakan Sabah

E-mail :

koperasigreensabah@yahoo.com

Panggilan :

  • 089 - 660 991 (Pejabat)
  • 014 - 654 0991 (Call/WhatsApp)

Waktu Operasi :

  • Isnin - Khamis : 8.00 AM – 5.00 PM
  • Rehat : 12.00 PM – 1.30 PM
  • Jumaat : 8.00 AM – 5.00 PM
  • Rehat : 11.30 AM – 2.00 PM
  • Sabtu : 8.00 AM - 12.00 PM

Carian

Maklumbalas Pelanggan

Pelan Lokasi

Copyright © 2023 Koperasi Green Sabah Berhad | All Rights Reserved 

Designed by © URI Technology Centre

Notis Hak Cipta | Dasar Privasi Dasar Keselamatan | Penafian

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768